Kos Sara Hidup Meningkat, Korang Terasa Tak? - Abang Terlajak Laris


Kos Sara Hidup Meningkat, Korang Terasa Tak?


Sejak kebelakangan ini sering diperkatakan mengenai peningkatan kos sara hidup. Ramai berpendapat kos sara hidup telah meningkat. Anda terasa juga tak?

Jadi kita kena bersedia untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup dan kejatuhan nilai wang ini

Antara langkah yang anda boleh buat ialah,

1. Berbelanja untuk kepentingan sahaja. Contohnya, cut kos-kos untuk hiburan dan gaya hidup.

2. Buat kerja kedua atau berniaga, atau pelaburan dan kerja-kerja yang menjana pendapatan pasif. 

3. Disiplin menabung sebaiknya dengan menyimpan aset yang kukuh dan bernilai seperti emas.

4. Pembelian mata wang negara lain yang stabil seperti matawang Dolar, Yen, Pound, dan Singapore Dolar adalah strategi bijak sebagai pelaburan untuk mengimbangi kejatuhan nilai ringgit malaysia. 

Kos sara hidup berkait rapat dengan persoalan mengenai pengurusan pendapatan yang mana perkara ini hanya akan dapat ditangani secara efektif dengan kesungguhan untuk beristiqamah dalam pengendalian pendapatan.

Jika kita tidak bersikap proaktif mengurus wang dengan baik sebagai langkah menghadapi kenaikan kos sara hidup ini, masakan kita akan dapat menjadi gembira dan berlapang dada dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Fikir fikirlah ya. 

No comments

Powered by Blogger.