Makanan Tradisi Orang Banjar, Mandai Atau Jeruk Kulit Cempedak, Pernah Cuba? - Abang Terlajak Laris


Makanan Tradisi Orang Banjar, Mandai Atau Jeruk Kulit Cempedak, Pernah Cuba?


Bahan bahannya
Kulit cempedak ( dari buah yang dh ranum)
Air suam
Garam secukupnya
Cili dan asam keping | optional. Tidak letak pun tidak mengapa
( Jumlah bahan agak-agak sahaja mengikut citarasa masing-masing)

Cara memasak
Bersihkan kulit cempedak yang dah masak dengan membuang kulit luar yang berwarna hijau. Ambil bahagian kulit putih yang berjerami sahaja.
Kemudian didihkan air dan padamkan api. Kemudian masukkan garam dengan secukupnya. Kacau hingga garam larut.
Setelah air garam sejuk, tuang ke dalam bekas berisi kulit cempedak. Tutup rapat dan peram selama 3-4 hari. Biar selama seminggu jika mahu rasa sedikit masam.

Nota:
Jika ada benda putih dipermukaan air, hanya keluarkan sahaja kerana ia adalah getah dari kulit cempedak.

Masukkan cili dan sedikit asam keping untuk rasa yang lebih sedap. Boleh diabaikan jika kurang menggemarinya.

Untuk menikmati mandai, ia biasanya digoreng bersama ikan bilis, cili dan bawang.


Sumber resipi & gambar: Intan Lela Azmi via Kebun Bandar: Jom TanamSendiri

No comments

Powered by Blogger.