Menu Simple Sambut Raya Haji, Daging Goreng Kelantan Style - Abang Terlajak Laris


Menu Simple Sambut Raya Haji, Daging Goreng Kelantan Style


Raya haji tinggal berapa hari lagi? 

Asal raya korban, Di Kelantan, daging goreng ni paling popular. Betul tak?

Bahan-bahan 
Daging ( Nak sedap, guna lembu malaysia)
1 Biji bawang holland 
2 Biji Lada besar
Air 
Garam
Perasa
Kicap
Minyak masak
1 sk Serbuk kunyit
Sos tiram

Cara-cara 
1. Hiris daging ikut saiz yang nak, kalau nipis-nipis lapis lagi best.
2. Masukkan daging ke dalam kuali berserta dengan air. Lagi banyak air, lagi empuk daging. Guna api besar.
3. Masukkan serbuk kunyit sedikit. Bagi ada warna gituu.
4. Bila dah air dah kering, masukkan minyak sedikit dan sos tiram dan kacau kacau ( api perlahan ).
5. Masukkan bawang besar, lada, garam dan perasa.
6. Last, masukkan kicap.

Kacau-kacau siap!

***Tip nak daging empuk, hiris melintang urat daging.
*** Kalau ada daging lebih, kalau nak simpan dalam peti ais kan, make sure daging tu tak kena air sebelum disimpan.

Sumber: Wan Samira

1 comment:

Powered by Blogger.