Nak Amalkan Jamu Boleh Tapi Jangan Langgar 10 Pantang Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Amalkan Jamu Boleh Tapi Jangan Langgar 10 Pantang Ni


Nak amalkan mana-mana jamu sekalipun, dia ada pantang larangnya. Apa yang boleh ambil dan apa yang tidak. Jadi, jamu yang diambil itu akan meresap dan beri manfaat pada tubuh. Berikut panduannya:

1.    Minum air masak secukupnya. Kata orang minum 8 gelas satu hari. Hakikatnya, anda perlu ambil air mengikut jumlah berat badan. Ini kiraannya:

2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu diminum, dalam unit Ounce (oz)

Tukar kepada unit kilogram (kg) dan Liter (L). Andaikan berat anda ialah 55kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L

Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari. Minum air sehari

2.    Jangan campur dengan jamu lain. Kalau anda sedang amalkan jamu perapat, jangan pula campur dengan jamu-jamu yang lain. Sesetengah jamu ada campuran bahan lain yang mungkin tak dinyatakan dalam pek. Bimbang, ia akan beri kesan pada tubuh. Pertembungan herba ini boleh sebabkan ia overdose dalam badan.

3. Ketika haid tak perlu ambil jamu. Kalau anda ambil sekali pun khasiat jamu takkan meresap dalam tubuh. Samalah juga halnya dengan pengambilan apa-apa suplemen atau vitamin ketika haid. Ia tetap tak beri kesan pada tubuh. Penat saja anda makan. Sudahlah jamu yang dibeli bukannya murah.

4. Jika mahu ambil jamu yang lain, sebaiknya jarakkan dalam satu bulan. Bermakna anda biarkan tubuh anda rest daripada ambil mana-mana jamu selama sebulan. Selepas itu, barulah cuba jamu yang baru.

5. Jika anda makan ubat-ubatan. Jika demam atau tak sihat, berhentilah dulu. Sampai dah benar-benar sihat, barulah amalkan kembali.

6. Sesetengah jamu yang anda amalkan tak membenarkan pengamalnya mencampur dengan pengambilan air kunyit atau air manjakani. Yang ini, anda kena extra jaga-jaga. Minta nasihat detail daripada pengeluar sebelum mula mengambil jamu.

7. Jangan ambil ais. Ini kerana ia sumber angin dalam badan dan melemahkan badan. Kalau diambil juga ia takkan beri kesan pada tubuh anda pun.

8. Jangan minum air kelapa. Sebabnya air kelapa itu bersifat alkali, dia hanya akan meneutralkan semula jamu yang anda ambil. Akhirnya ia tidak beri apa-apa kesan pada tubuh. Sebab itu orang kata, air kelapa itu penawar.

9. Jangan minum air bergas atau bikarbonat ketika amalkan jamu.

10. Elakkan ambil air tembikai, tebu mahupun makan tapai. Ini kerana, makanan dan minuman ini bersifat sejuk. Jika baru selesai pantang, bimbang ia akan menyebabkan peranakan kembali kembang.

Semoga pantang larang makan jamu ini dapat membantu anda lebih faham tentang panduan dan tatacara mengambil jamu untuk kesihatan dalaman anda.

Sumber : Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.