Nak Cili Jeruk Sedap, Tahan Berbulan-Bulan & Kekal Rangup? Cuba Cara Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Cili Jeruk Sedap, Tahan Berbulan-Bulan & Kekal Rangup? Cuba Cara Ni


Bahan bahannya
8 biji cili hijau | ambil yang segar/keras
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
Cuka secukupnya

Cara Caranya
1.  Bersihkan cili dan lap hingga kering. Kemudian potong kecil dan tampi bagi mengeluarkan bijinya.

2.  Masukkan 3/4 dari jumlah hirisan cili ke dalam botol kaca. Masukkan gula, garam diikuti lebihan hirisan cili. Ia bertujuan mengelakkan gula dan garam tertumpah.

3.  Kemudian masukkan cuka sehingga memenuhi 2/3 botol berisi hirisan cili tadi. Tutup kemas dan goncang botol bagi melarutkan garam serta gula.


4.  Siap! Biarkan selama 24 jam barulah boleh dinikmati.

TIP: Botol dan cili kena betul-betul kering. Jika tidak, cili jeruk tidak tahan lama dan akan diselaputi lapisan putih (kulat).

Sumber: Nurul Nadia Dan Azhar via MAHN

No comments

Powered by Blogger.