Nak Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin, Sapu Masker Ni 3 Kali Seminggu! - Abang Terlajak Laris


Nak Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin, Sapu Masker Ni 3 Kali Seminggu!

Ini tip yang diperoleh dari BellaCare Beauty cara nak naikkan seri wajah bakal pengantin dengan masker alami.


“Ini ira amalkan untuk dapatkan wajah yang bersinar. Jadi adik ira bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Ira preparekan resipi ni untuk si dia bakal pengantin si darah manis. Boleh amalkan in sha allah cantik di hari perkahwinan anda nanti. Yang dah kahwin tu.. boleh amalkan juga biar cik somi puji kita berseri sentiasa”.

4 Bahan Asas



Daun pudina
Yogurt asli
Kopi yang dah dihancurkan, ditambah dengan gula perang + shea butter & digaul sebati
Clay mask

Wajib ada tau semua ni!

Ini Stepnya

1. Okay lurutkan daun pudina, jangan ambil batangnya. Kalau boleh ambil banyak lagi ikut kelebaran bentuk muka masing-masing (bakal pengantin)

2. Tumbuk daun pudina sehingga keluar airnya dan hancur (sedang-sedang).

3. Kemudian campurkan bahan campuran kopi tadi ke dalam lesung batu dan digaulkan sebati sehingga naik bau.

4. Lepas kopi dan pudina hancur bersama (sebati) masukkan clay mask sebanyak 3 sudu kecil atau 5 sudu kecil kemudian gaul sebati.

5. Letak sedikit yogurt, gaul sebati, dan siap!

Sapu Rata

Amalkan 3 kali seminggu.

Basuh muka dan pastikan kulit bersih dulu tau baru tepek masker ni.

Jangan pakai lebih 30 minit. Lepas tempoh itu segeralah cuci muka ya.

Sumber/foto: via Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.