Nak Perut Kenyang, Tapi Tak Nak Makan Malam? Cuba Jus Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Perut Kenyang, Tapi Tak Nak Makan Malam? Cuba Jus Ni


Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.

Usah bimbang, apa kata cuba praktikkan  kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan. Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu

Cara menyediakan
Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.

Masukkan susu dan potongan buah tadi.  Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.

Kisar hingga halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS . Minum semua sekali.

Apabila siap dikisar, masukkan dalam gelas dan minum.

No comments

Powered by Blogger.