Perlukah Kita Memaafkan Suami Yang Curang? 8 Persoalan Ini Kena Jawab Dulu - Abang Terlajak Laris


Perlukah Kita Memaafkan Suami Yang Curang? 8 Persoalan Ini Kena Jawab Dulu


Ini adalah pandangan saya dari perspektif seorang lelaki, perlukah seorang isteri itu memaafkan suami yang curang. Biasanya tajuk ini akan dikupas oleh wanita, namun mengapa tidak dari pihak lelaki pula, kan?

Jom baca,

Layak Atau Tidak Untuk Dimaafkan?
Kecurangan tidak berlaku dalam sekelip mata, ianya pasti ada titik mulanya. Tanyakan kepada diri anda soalan-soalan ini untuk menilai layak atau tidak suami anda di maafkan.

Pernahkah Dia Curang Sebelum Ini?
Jika dia pernah curang sebelum ini kepada orang lain sebelum anda atau kepada anda sendiri, potensi untuk dia mengulangi perkara sama adalah amat besar.

Mengapa Dia Melakukannya?
Beri dia peluang untuk menjelaskan diri dan kemudian letak diri anda dalam posisinya. Buat keputusan setelah anda memahami mengapa dia berbuat demikian. Keputusan yang bersifat emosi semata-mata mungkin akan menyebabkan anda mengulangi perkara sama kepada pasangan baru anda jika anda sebenarnya yang menjadi punca sebenar kecurangan suami anda sebelum ini.

Apakah Jaminan Yang Diberikan Olehnya?
Tanyakan dia apakah jaminan yang dia berikan agar perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Jika dia tidak ada kesanggupan untuk mengubah sesuatu dalam gaya hidupnya, mungkin sudah tiba masa anda meninggalkan dia.

Adakah Anda Menyedari Tanda-Tanda Kecurangan Tersebut?
Jika perhubungan anda sebelum ini memang mengalami masalah, mungkin anda boleh mencari jalan penyelesaian yang boleh mengelakkan kecurangan tersebut berulang. Namun, jika perhubungan anda sebelum ini jelas bahagia, bagaimana anda akan tahu jika suami anda curang lagi atau tidak. 

Paling utama sekali, apakah lagi perkara yang mungkin ingin anda perbaiki dalam perhubungan anda jika perhubungan yang bahagia sekalipun suami anda masih sanggup untuk curang?

Adakah Dia Menyesal?
Adakah dia menyesal akan tindakannya atau mempertahankan diri pada kebanyakan masa? Dia patut sedar bahawa masalah menjadi lebih kalut kerana kecurangan yang dilakukan.

Tiada tanda-tanda menyesal adalah petanda bahawa dia sudah membenarkan kecurangan sebagai sesuatu yang boleh dilakukan bila-bila masa – (jika punca kecurangan datang kembali di masa akan datang)

Mampukah Anda Bertahan?
Mampukah anda bertahan untuk hidup dengan kesedaran bahawa suami anda pernah curang? Ramai wanita yang sanggup menahan rasa diri kononnya demi kepentingan anak dan maruah keluarga, namun jika ia hanya memakan diri sendiri, tindakan bertahan atau berkorban rasa pastinya tidak berbaloi.

Sediakah Anda Untuk Berubah?
Kecurangan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan namun anda tahu bahawa kehidupan anda selepas ini akan berubah tidak kira anda memaafkan suami anda ataupun tidak.

Tanyakan diri anda sendiri samada anda bersedia untuk sebarang perubahan jika anda menerima dia semula dan sanggup berkorban dalam beberapa hal yang pasti atau, bersediakah anda dengan dia tiada lagi di sisi dan mungkin sekali bersama orang lain.

Kesimpulan..

Persoalan samada perlukah anda memaafkan suami anda yang curang atau tidak adalah terletak pada anda. Bukan semua luka boleh disembuhkan dengan peredaran masa. Jika anda merasakan anda bersedia menerimanya kembali, lakukan.

Jika anda rasa anda bersedia untuk mara kehadapan tanpa kehadirannya, lakukan. Fikirkan yang terbaik untuk diri anda sendiri.

Sumber: Saudari

No comments

Powered by Blogger.