Petua Untuk Rawat Kaki & Tangan Kebas - Abang Terlajak Laris


Petua Untuk Rawat Kaki & Tangan Kebas

Puteri Aura Balqis yang berkongsi petua ini di facebooknya sangat berguna untuk kita cuba. Kalau bukan untuk diri sendiri, buatkanlah untuk ibu anda di rumah. Bukan hanya atasi masalah angin dan kebas pada kaki dan tangan, malah cara ini juga memudahkan untuk buang air besar. 

Jom cuba petuanya.


Bahan bahannya 
Halba
Halia
Serai

Cara-Caranya 
Rebus kesemua bahan ini hingga mendidih. Apabila mendidih, angkat dan campurkan dengan sedikit air asam jawa dan kacau. Amalkan minum air ini setiap malam, sebelum waktu untuk tidur.

Paling disarankan minum air rebusan ini ketika waktu panas atau sedikit suam. Esok paginya, badan akan jadi lebih segar selepas bangun pagi. Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.