Rahsia Kempis Perut Ibu Ketika Berpantang - Abang Terlajak Laris


Rahsia Kempis Perut Ibu Ketika Berpantang


Puan Azwani Muzammel, 35, ibu anak 4 dan bulan 10 ini bakal melahirkan anak ke-5 berkongsi rahsia dirinya kembali langsing dan berjaya dapatkan perut kempis. Amalan bertungku dengan daun pandan jawapannya.

Menariknya bertungku yang diajarkan ini juga sesuai untuk wanita yang berhadapan masalah perut buncit dan telah lama meninggalkan tempoh berpantang.

Bahan-bahan
Batu sungai (batu tungku)
Kain alas
7 helai daun pandan (dipotong)

Cara Bertungku Daun Pandan
1. Panaskan batu tungku di atas api sederhana selama 15 hingga 30 minit. (Tempoh masa bergantung pada saiz batu)
2. Hamparkan kain alas dan susun potongan daun pandan di bahagian tengah kain alas.
3. Sebelum pindahkan batu tungku ke kain alas. Renjiskan sedikit air. Untuk elakkan dari hangus Pindahkan dengan hati-hati ya sebab batu masih panas.
4. Letak batu di bahagian atas susunan daun pandan. Balut batu dengan kain alas tadi.
5. Ikatkan kemas dan sedia untuk bertungku.

Khasiatnya
*    Dapat melembutkan urat dan melancarkan aliran darah.
*    Berpantang cara ini membolehkan tubuh berbau wangi sepanjang bertungku.
*    Kata orang tua, daun padan juga dapat mengecutkan rahim.
*    Dapat membakar lemak dengan jayanya. Perut akan kurang menggeleber dan perut akan menjadi kempis.

Bila Perlu Bertungku
Pada sebelah pagi dan malam.
Amalan ini bukan saja untuk wanita dalam pantang, jika anda berhadapan masalah perut buncit boleh saja amalkan kaedah bertungku daun pandan seperti yang diajarkan.

Untuk ibu ibu yang tinggal di bandar atau yang tidak sempat bercucuk tanam di rumah. Boleh je beli di pasar.

Jangan bimbang untuk beli dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya daun pandan juga boleh direbus dan dijadikan mandian serum.

Semoga cara tradisi bertungku daun pandan yang anda jadikan amalan harian membolehkan anda mendapat perut kempis!

Sumber: FB Azwani Muzammel via Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.