Rumah Tangga Tak Bahagia? Mohon Semak Punca Utama Ni, No. 5 Ramai Sangat Yang Buat! - Abang Terlajak Laris


Rumah Tangga Tak Bahagia? Mohon Semak Punca Utama Ni, No. 5 Ramai Sangat Yang Buat!


Setelah diuji dengan ‘kehilangan’ barulah menangis mencari di mana Tuhan. Jika Allah menguji bermakna DIA mahu kita kembali, mahu kita berasa lemah dan perlukanNya, mahu kita ingat semua yang dimiliki hanya pinjaman.

Sila semak ya!

1. Punca sebenar masalah kewangan dalam keluarga adalah jauhnya mereka dengan Tuhan.

2. Tiada ilmu agama yang membawa kepada pemikiran yang positif, hati yang tenang dan khusyuk tunduk kepada Allah SWT.

3. Jika mereka sembahyang hanya di pinggiran sahaja tidak masuk menghadapNya dengan membawa ilmu di dada.

4. Jika berdoa cepat putus asa dan tak yakin dengan kuasa Allah SWT.

5. Kalau mencari nafkah tak kira halal haram semua masuk poket yang sama.

Bagaimana tidak sengsara jika Allah yang memberi kebahagiaan itu diceraikan daripada jiwa raga kita? 

Tidak mustahil suami isteri yang mahu bercerai atas sebab harta sebenarnya kerana mereka telah lebih dahulu menceraikan diri dengan Allah SWT.

No comments

Powered by Blogger.