'Saat Saya Dikecam, Orang Ini Yang Sentiasa Bersama Saya' - Abang Terlajak Laris


'Saat Saya Dikecam, Orang Ini Yang Sentiasa Bersama Saya'


Asssalammualaikum,

Mereka tidak tahu, saat saya melalui situasi dimana mereka iaitu netizen hanya melemparkan pendapat yang keras dan negatif tanpa mengetahui hal sebenarnya, semestinya anda ingin tahu siapa sebenarnya saya meluahkan dan berkongsi keadaan ni kan?

Anda tahu kan, macam macam isu viral tentang saya, padahal saya sama je seperti orang biasa yang sentiasa bekongsi kehidupan saya di laman sosial.

Saya sebenarnya tak kisah pun orang nak bercakap, tapi bila ianya keterlaluan sampai menghina, rasanya ianya tak patut. Bukan saya melanggar undang undang dan agama.

Sedar, diri dikenali ramai. Tapi kadang kadang saya juga mahu lakukan apa yang saya nak.

Berbalik kepada siapa yang sentiasa bersama saya saat melalui keadaan tersebut.

Semestinya isteri saya, susah saya nak mencari pengganti sebaik dirinya yang sentiasa menerima semua keadaan saya termasuklah kesibukkan kerja, perangai dan karenah saya.


Tidak mudah kita nak mencari orang yang sanggup hidup dengan kita dan menerima ketika dalam pelbagai situasi yang tak terduga kan. Betul tak?

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Betul tak?


Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa support dan selalu mendoakan saya.

Ikhlas,
Aliff Syukri 

No comments

Powered by Blogger.