Siapa Tak Nak Keluarga Bahagia Dunia Akhirat Kan? Jom Amalkan 5 Doa Ini! - Abang Terlajak Laris


Siapa Tak Nak Keluarga Bahagia Dunia Akhirat Kan? Jom Amalkan 5 Doa Ini!


Bila sudah berkeluarga sudah tentu doa kita setiap hari supaya Allah kurniakan keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat. Doa adalah senjata orang mukmin. Jadi, berdoalah sentiasa kepada Allah SWT agar keluarga kita terus bahagia dan berkekalan sehingga ke syurga.

1. Doa Keluarga Bahagia
Maksudnya: "Dan juga mereka yang diredai Allah iaitu orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami dan jadikanlah kami orang-orang yang bertakwa.
(Surah Al-Furqan, ayat 74)

2. Doa Bahagia Suami Isteri
Maksudnya: "Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."
(Surah Ali 'Imran, ayat 31)

3. Doa Supaya Anak Rajin Solat
Maksudnya: "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan soalt. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Ya Tuhan Kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"
(Surah Ibrahim, ayat 40-41)

4. Doa Anak Lembut Hati
Maksudnya: Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!"
(Surah Anbiyaa, ayat 69)

5. Doa Agar Mendapat Zuriat Yang Baik
Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakanlah dari sisi-Mu zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa."
(Surah Ali 'Imran, ayat 3:38)

Maka bacalah al-Quran setiap hari bersama ahli keluarga. Di dalamnya terdapat banyak doa yang boleh diamalkan supaya Allah pelihara keluarga kita bahagia dunia dan akhirat.

Sumber: Karangkraf

No comments

Powered by Blogger.