Tips Yang Baik Jika Di Amalkan Untuk Masalah Bahagian Intim Wanita Berbau - Abang Terlajak Laris


Tips Yang Baik Jika Di Amalkan Untuk Masalah Bahagian Intim Wanita Berbau


Menurut pakar psikoterapi yang juga penulis buku The Unofficial Guide to Dating Again, Dr Tina Tessina,seorang wanita secara semulajdinya akan mengeluarkan bau. Bau tersebut menurutnya terhasil disebabkan oleh rembesan hormon pheromon yang berfungsi menjadikan seorang wanita kelihatan menarik di mata pasangannya.

Dalam keadaan normal,bau asal faraj wanita tidak menyengat atau hamis.Keunikan aroma dari faraj seorang wanita pula biasanya dapat dihidu pasangan meskipun baunya tidak menyengat, namun aromanya masih dapat dihidu dengan jelas oleh pasangan.

Malah kenyataan ini juga turut dipersetujui oleh Dr. Tina Tessina yang mengatakan bahawa bau vagina akan menjadi semakin kuat terhidu apabila dijangkiti mikro organisma keputihan.

Antara Beberapa Tips Yang Baik Jika Di Amalkan

1. Hindari pengunaan sabun, gel,shampu dan seumpamanya.Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2.

2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan.

3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan elakkani memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama.

4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang.

5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama.

6. Gunakan alas seluar dalam(panty liner jenis unscented) dan yang mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.

7. Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing.

8. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain.

Sumber: Dr. Salwa


No comments

Powered by Blogger.