2 Cara Nikmati Jus Pegaga Lebih Enak & Berkhasiat - Abang Terlajak Laris


2 Cara Nikmati Jus Pegaga Lebih Enak & Berkhasiat


Pegaga cukup banyak khasiatnya. Terasa rugi pula jika tidak diserap setiap nutrisi yang ada pada pegaga tersebut. Dikatakan herba berdaun hijau ini jika diamalkan akan memberi impak hebat pada kecantikan seseorang.

Antara Lain Kebaikan Pegaga:

1. Serikan Wajah
2. Kecutkan Peranakan
3. Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
4. Mengubati Sakit Kepala
5. Mengubati penyakit sengal-sengal badan

JUS PEGAGA + EPAL HIJAU + NANAS

BAHAN-BAHAN:
1 ikat pegaga dengan batang
1 epal hijau
1 cawan jus nanas

CARA-CARANYA :
Cuci bersih dan masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
Kisar halus dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: Amanda Tan

JUS PEGAGA+LIMAU NIPIS

BAHAN-BAHAN:
Segenggan pegaga
1 biji limau nipis
Sedikit gula
1 cawan air

CARA-CARANYA :
Kisar pegaga bersama dengan air dan gula hingga halus.
Tuangkan jus ke dalam gelas.
Perahkan limau nipis dan kacau rata.
Sedia utnuk dinikmati.

*Minum setiap pagi, waktu perut kosong atau petang. Boleh minum selang seli dengan jus buah yang lain.

Sumber: Mastura Ab Rashid’s

No comments

Powered by Blogger.