5 Cara Ini Berkesan Untuk Sembunyikan Perut Buncit! - Abang Terlajak Laris


5 Cara Ini Berkesan Untuk Sembunyikan Perut Buncit!


Masalah perut buncit membuatkan wanita hilang keyakinan diri dan malu untuk berhadapan orang ramai.Tapi masalah perut buncit bukan saja di alami oleh mereka yang berbadan besar saja. Ada je wanita berbadan kurus tapi mempunyai masalah perut buncit.

Cuba cara berkesan ini untuk menyembunyikannya perut buncit tersebut.

1. Beli saiz yang bersesuaian
Jangan paksa diri memakai seluar ketat kononnya boleh sembunyikan perut buncit. Cara itu sebenarnya akan menekan perut dan melimpahkan lemak keluar dari seluar. Beli seluar yang sesuai dan tidak membuatkan perut senak.

2. Beli seluar high-waist
Seluar jenis ini boleh menutup perut dengan baik. Di samping itu ianya lebih bergaya dan boleh sembunyikan lemak di perut. Ia berfungsi sebagai bengkung.

3. Pakai baju yang longgar
Sekiranya anda memakai seluar ketat pastikan anda memakai baju longgar. Cara ini ternyata berkesan untuk sembunyikan perut buncit.

4. Beli seluar bergetah
Sekarang ni dah banyak jenis seluar di pasaran. Jika anda ingin sembunyikan perut buncit anda cara berkesan pakai seluar bergetah. Ianya lebih selesa, tidak membuatkan perut senak dan mampu memberikan ilusi kaki lebih kecil.

5. Korset/bengkung
Jika nak pakai pakaian ketat, tiada masalah lagi. Dengan korset atau bengkung, anda boleh memakai baju ketat dan tiada bonjolan di perut.

No comments

Powered by Blogger.