5 Tanda Anda Berada Dalam Zon ‘Bahaya’ Dalam Kecurangan Di Media Sosial - Abang Terlajak Laris


5 Tanda Anda Berada Dalam Zon ‘Bahaya’ Dalam Kecurangan Di Media Sosial


Francis Bea dalam artikelnya bertajuk People Use Social Networks to Cheat; Shocking! menulis, kebanyakan daripada mereka yang curang di media sosial memiliki akaun rahsia yang tidak diketahui oleh pasangan. 

Dalam kajian yang dilakukan Bea, 67 peratus daripada mereka ini menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium berkenalan dengan orang lain.

Tanda Anda Berada  Dalam Zon ‘Bahaya’

1. Lebih terbuka di alam maya berbanding teman rapat.

2. Perkara pertama dilakukan setiap pagi adalah menyemak sama ada mesej yang masuk daripada si dia.

3. Punya hasrat untuk berjumpa dan meneruskan perhubungan ke fasa berikutnya.

4. Mula berahsia dengan pasangan.

5. Masa yang ada banyak dihabiskan untuk melekat di Facebook atau medium sosial lain.

Punca Media Sosial Menjadi Punca Keretakan Sesebuah Perhubungan

1. Respons Segera
Hanya dengan sapaan ‘Hi’ anda akan mendapat respons segera daripada pemilik akaun lain.

2. Akses
Internet ada di mana-mana. Jika anda tidak punya data internet di telefon bimbit, akses Wi-Fi percuma ada di mana-mana dan tentu saja hal ini akan memudahkan penyalahgunaannya.

3. Ketanpanamaan
Siapa sebenar diri anda, baik status perhubungan dan latar peribadi adalah tidak jelas. Anda boleh menjadi siapa saja yang anda mahu dan memainkan peranan seperti apa yang anda inginkan.

4. Ilusi Rahsia
Jika anda memiliki sesebuah akaun tanpa meletakkan gambar dan profil sebenar, tentu saja pasangan anda tidak dapat menjangkakan apapun yang disembunyikan.

No comments

Powered by Blogger.