5 Tanda Isteri Meroyan Yang Suami Perlu Tahu - Abang Terlajak Laris


5 Tanda Isteri Meroyan Yang Suami Perlu Tahu


Suami juga perlu peka dan ambil tahu tentang penyakit meroyan, tanda-tanda meroyan agar dapat mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku pada keluarga. Keprihatinan suami terhadap seorang isteri adalah amat penting kerana hanya suami orang yang paling dekat dengan isteri. Oleh itu, suami perlu tahu tanda-tanda gila meroyan.

Ini adalah tanda-tanda isteri gila meroyan yang perlu suami tahu

Gangguan tidur
Keresahan
Sensitif
Rendah Diri
Kurang Selera Makan
Selalu Bersedih

Sikap isteri berubah, dari periang menjadi pendiam. Sentuhan dengan dunia realiti akan hilang. Biasanya isteri akan bersikap luar biasa seperti berada di dalam halusinasi dan delusi. Sebagai contoh, melihat lembaga yang menakutkan dan mendengar suara yang menyuruhnya melakukan sesuatu.

Antara faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini ialah

Faktor enetik atau baka.
Perubahan tahap hormon seperti progesterone dan estrogen secara mendadak.
Tekanan emosi ketika dalam pantang.
Kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir.

Apa Yang Suami Perlu Lakukan

Sokongan daripada suami adalah sangat penting dan ia juga dikatakan penawar yang paling mujarab dalam membendung penyakit meroyan ini. 

Suami perlu mengambil inisiatif untuk melakukan sesi kaunseling hubungan suami isteri kerana wanita yang mempunyai penyakit ini dikatakan amat membenci hubungan seksual. 

Jangan ingat isteri sebagai mesin membuat anak. Pastikan anda dan isteri anda perlu membuat perancangan terlebih dahulu. Tanya kepada isteri sama ada dia bersedia untuk mendapat anak atau menambah anak. 

Kadang-kala hubungan isteri dan ibu anda mungkin tidak berapa baik. Pastikan anda sentiasa bertanya kepada isteri sekiranya dia ada mempunyai masalah dengan ibu mentuanya atau ibunya. Sebagai seorang suami, anda perlu cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi isteri anda bersama keluarganya atau keluarga anda. 

Melahirkan anak bukan senang. Walau anak ketiga, keempat atau kelima, kesakitannya tetap tiada tandingan. Hanya Tuhan yang mengetahuinya. Sentiasa ambil berat pada sakit isteri. Jangan sesekali menganggap isteri sudah biasa dengan sakit bersalin. 

Suami perlu berkongsi tanggungjawab menjaga anak bersama isteri terutama sekali ketika isteri masih dalam berpantang. Berikan masa untuk isteri berehat dan memulihkan badannya. 

Sentiasa peka dengan keadaan isteri. Sentiasa pantau perubahan isteri anda dan sering bertanya tentang keadaannya. Berikan kasih sayang pada isteri anda dan sentiasa mengucapkan kata-kata romantis buatnya.

No comments

Powered by Blogger.