8 Adab Anak Kecil Yang Ibu Ayah Selalu Terlepas Pandang - Abang Terlajak Laris


8 Adab Anak Kecil Yang Ibu Ayah Selalu Terlepas Pandang


Tidak dinafikan ibu bapa adalah pembimbing dan idola pertama yang akan menjadi ikutan dan memberi kesan besar sepanjang kehidupan mereka. Jadi, beri perhatian kepada 8 perkara ini.

1. ADAB BERPAKAIAN
Elakkan menukar pakaian di hadapan anak kecil seawal usia 2 tahun. Biasakan diri dengan sifat malu dan jangan anggap mereka ‘tak tahu apa-apa’.

2. PENGASINGAN TEMPAT TIDUR
Menurut buku ‘Berbicara Mengenai Kesihatan Reproduktif Remaja’, anak-anak sepatutnya sudah diasingkan tempat tidur menjelang usia 5-6 tahun. Malah, ada yang berpendapat mereka boleh diasingkan tempat tidur seawal 3-4 tahun.

3. BATAS PERGAULAN DENGAN ORANG DEWASA
Bukan mudah mengajarkan anak untuk tidak terlalu percaya kepada orang, terutamanya orang yang lebih dewasa. Tapi, apa yang boleh diusahakan adalah dengan menjaga batas pergaulan. Antaranya, ingatkan anak supaya tidak membiasakan diri duduk di riba orang lain walaupun kenalan rapat, saudara-mara, pakcik, atau datuk, atau sesiapa saja.

4. PENAPISAN KARTUN / GAJET MEREKA
Sebelum memberikan anak menonton kartun di TV, handphone atau apa-apa video dari internet, pastikan semuanya ditapis terlebih dahulu.

5. SOAL BERSUCI
Apabila anak sudah mampu pergi ke tandas sendiri, ajarkan anak cara membersihkan kemaluannya dengan cermat dan betul.

6. RUTIN MAKAN & TIDUR
Percaya tak, hanya dengan mengamalkan rutin makan dan tidur sejak kecil, anak sudah mampu ditanamkan dengan akhlak yang baik.

7. SENTUHAN TIDAK SELAMAT
Biasanya anak perempuan akan diajarkan untuk berkata TIDAK pada sentuhan-sentuhan yang mencurigakan atau sentuhan tidak selamat. Tetapi, ibu bapa yang mempunyai anak lelaki mungkin terlupa untuk mengingatkan atau menegah mereka daripada melakukan sentuhan sedemikian. Ada yang menganggapnya sebagai gurauan dan mengusik sekadar suka-suka, tetapi anak-anak lelaki perlu tahu bahawa ia adalah perbuatan yang sangat tidak bermoral.

8. PENGARUH RAKAN SEBAYA
Kebanyakan anak-anak berusia 2 hingga 6 tahun akan tinggal bersama kawan-kawan di taska, rumah pengasuh dan ke tadika. Walaupun masih kecil, pantaulah kawan-kawan mereka kerana pengaruh rakan sebaya adalah salah satu faktor yang mampu menentukan akhlak mereka.

No comments

Powered by Blogger.