Anugerah Terindah Buat Saya.. - Abang Terlajak Laris


Anugerah Terindah Buat Saya..


Assalammualaikum..

Saya rasa bersyukur sangat dapat anak baru. Anugerah terindah untuk saya. Mungkin ramai yang terkejut kan? Takde angin takde ribut tetiba anak saya dah dilahirkan.

Saya nak maklumkan sekali lagi, bukan isteri saya yang bersalin, ini adalah anak angkat saya. 

Saya sebenarnya suka sangat dengan budak budak jadi tak salah untuk saya tambah ahli keluarga kan?

Moga moga dengan kehadiran anak ini menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga saya.



Anak ini kacukan melayu & pakistan dan akan dijaga oleh saya dan isteri sama macam anak sendiri.

Mungkin ramai yang bertanya mengapakah ibu dan bapanya sanggup menyerahkan anak kecil ini kepada kami tetapi cukuplah saya memberitahu bahawa mereka mengalami kesempitan hidup dan tidak mampu membesarkan bayi ini.

Saya mohon atas doa semua semoga anak ini akan menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat serta mempermudahkan urusan kami satu keluarga untuk menjaga amanah ini dengan sebaik mungkin. 

Untuk mereka yang sudi melihat perkembangan anak saya ini boleh lah selalu berkunjung di instagram @babyterlajaklaris.



Aliff Syukri

No comments

Powered by Blogger.