Asparagus, Antara Sayur Yang Mahal Tapi Manfaatnya Baik Untuk Kesuburan - Abang Terlajak Laris


Asparagus, Antara Sayur Yang Mahal Tapi Manfaatnya Baik Untuk Kesuburan

Gambar: Zaid Azizy Yaakob

Asparagus merupakan sayuran yang banyak nutrisi terkandung di dalamnya. 

Kandungan yang terdapat pada sayur-sayuran ini adalah nutrisi seperti antioksidan, vitamin C, asid amino, vitamin K, dan asid folik. Selain kandungan tersebut, masih banyak kandungan lain di dalam tanaman asparagus ini.

Semua yang terkandung di dalam tanaman asparagus ini boleh membuat tubuh menjadi kuat dan sihat. Selain membuat tubuh menjadi kuat dan sihat, bertenaga pun menjadi bertambah. Dengan daya hidup bertambah dan tubuh kuat sihat terjaga, maka kemampuan se ksual pun bertambah.

Asparagus baik untuk kesuburan yang dapat membuatkan sperma lelaki yang tidak berkualiti menjadi berkualiti. Dengan sperma lelaki yang berkualiti, maka tentu saja sperma menjadi subur.

Kajian mendapati kandungan vitamin E pada asparagus boleh membuat pengeluaran hormon testosteron. Anda tahu hormon testosteron? Secara ringkasnya, hormon testosteron merupakan hormon yang berperanan dalam aktiviti se ksual.

Akar tanaman asparagus mengandungi zat zink dan zat besi yang boleh menyembuhkan oligospermia (kekurangan sperma). Selanjutnya ada kandungan spermatogenik yang dapat menyembuhkan penyakit mati pucuk.

Asparagus juga boleh meningkatkan libido atau ghairah sek sual, maka dengan memakan tanaman asparagus, ghairah se ksual yang sudah lama menurun boleh kembali bangkit.

No comments

Powered by Blogger.