Awas Wanita! Jangkitan Kulat Vagina Boleh Membawa Maut - Abang Terlajak Laris


Awas Wanita! Jangkitan Kulat Vagina Boleh Membawa Maut


Beberapa kajian yang dilakukan di luar negara termasuk di Universiti Kebangsaan Malaysia membuktikan jangkitan kulat vagina bukan sahaja boleh menyebabkan ketidakseimbangan bakteria malahan berupaya memasuki saluran peredaran darah dan boleh mengundang maut.

Jangkitan kulat vagina adalah jangkitan yang paling kerap berlaku kepada wanita melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan yang dikenali sebagai “Candida Albicans”. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos. Jenis kulat ini biasanya di jumpai di mulut, usus, faraj dan akan hanya menimbulkan masalah sekiranya pembiakanya berlebihan dan tidak terkawal.

Tanda-tanda jangkitan kulat vagina adalah gatal, rasa hangat, sakit semasa hubungan seksual, tidak selesa, sakit semasa kencing dan iritasi (perengsaan). Semasa pemeriksaan, doktor mungkin mendapati bengkak dan merah di bahagian kemaluan dan lelehan putih kekuningan di vagina. Jangkitan lain seperti “bacterial vaginosis” atau “ gonorrhea” boleh juga menyerupai tanda-tanda yang sama.

Jangkitan kulat yang berulang berlaku apabila seorang wanita itu mengalami jangkitan berulang empat kali atau lebih. Jangkitan berulang berlaku pada 5-8% dikalangan wanita yang subur. Ada beberapa faktor risiko berulang seperti :

Wanita yang kurang daya tahan
Wanita yang menghidap Diabetes Mellitus yang tidak terkawal
Wanita yang mengambil steroid jangka panjang
Wanita yang menggunakan kemoterapi
Jenis kulat yang ganas
Jenis kulat yang kebal kepada anti fungal

Mengenali Lebih Dekat Tentang Candida Albicans

Candida albicans merupakan patogen oportunis yang boleh menyebabkan jangkitan sistemik dan membawa kepada kematian dalam keadaan tertentu.Di Malaysia, candida albicans merupakan spesies candida yang kerap dipencilkan daripada individu yang mengalami jangkitan candida seperti penyakit candidiasis .

Peningkatan bilangan individu yang menderita disebabkan serangan yis oportunis ini telah membuka perhatian umum tentang kepentingan candida albicans sebagai agen yang penting bagi penyakit candidiasis.

Pada kebiasaannya candida albicans hadir sebagai organisma komensal. Namun sekiranya sistem pertahanan tubuh terganggu,candida albicans mampu untuk memasuki ke bahagian tisu yang lebih dalam serta memasuki saluran peredaran darah dan tersebar di dalam tubuh sehingga menyebabkan jangkitan sistemik yang boleh membawa maut. 

Rawatan Dan Kekebalan Kepada Anti Kulat

Pada masa kini, agen antikulat seperti flukonazole, itrakonazole dan amfoterisin B diprekripsikan untuk merawat pesakit yang dijangkiti oleh candida albicans. Walaubagaimanapun, penggunaan agen-agen antikulat tersebut semakin terhad ketika ini disebabkan kemunculan strain-strain klinikal yang rintang terhadapnya. Penggunaan amfoterisin B pula didapati dapat menyebabkan kesan sampingan yang teruk terhadap pesakit seperti hiportemia,hipotensi dan kerosakan ginjal . Disebabkan faktor-faktor inilah, maka penghasilan ubatan atau agen antikulat yang baru sangat diperlukan.

Namun masih terdapat beberapa kaedah rawatan terapi herba yang di amalkan sejak beratus tahun dahulu menunjukkan betapa manusia perlu kembali kepada fitrah alami dalam menanggani masalah penularan kulat yang tidak terkawal.Sembilan puluh peratus dari kes-kes candida ini telah berjaya di atasi dengan kaedah holistik ini.

Sumber: Dr. Salwa

No comments

Powered by Blogger.