Berniaga Di Instagram? 4 Tips Ni Tingkatkan Jualan Anda - Abang Terlajak Laris


Berniaga Di Instagram? 4 Tips Ni Tingkatkan Jualan Anda


Tips ini daripada Tuan Ismail Arsad, seorang ‘Sifu' Instagram Marketing yang sudah membantu lebih daripada 2,000 usahawan di Instagram.

Tips 1 – Bina Followers IG Yang Targeted
Di Instagram, tak perlu kejar nak followers yang ramai, tapi fokus untuk dapatkan targeted followers.

Bina followers sendiri, TRIBE sendiri. Biar sedikit, tapi kalau mereka setia dengan anda, value per customer tu lebih tinggi.

Sebab tu penting jaga dan tapis siapa followers anda. Ingat, kualiti lebih penting daripada kuantiti.

Tips 2 – Gambar Wajib Memukau
Instagram tak sama macam Facebook.Bila guna Instagram, orang akan tengok gambar dulu baru tengok apa anda tulis (bahasa lain dia, caption).

Jadi pastikan anda guna gambar yang betul memukau. Gambar yang mampu untuk tarik perhatian mereka untuk berhenti dari scroll ke bawah. Anda cuma ada 3 saat untuk tarik perhatian mereka.

Tips 3 – Hashtags Yang Betul
Walaupun nampak simple, tapi sebenarnya ada banyak benda yang anda boleh manipulate atau gunakan dengan ‪Hashtag aka #tags‬ ni.

Kalau nak IG anda keluar bila orang buat carian dalam Instagram, anda kena guna Hashtag yang betul. Ada banyak lagi kegunaan lain Hashtag dalam Instagram. Antaranya adalah untuk branding.

Tips  4 – Caption Yang Menarik & Jelas
Bila guna Instagram untuk pemasaran, caption ni ibarat sokongan pada gambar. Caption adalah ayat iklan yang menceritakan mesej yang kita nak sampaikan melalui gambar tersebut.

Jadi ianya perlulah menarik & jelas. Jelas bermaksud ianya mudah difahami.

No comments

Powered by Blogger.