Biar Orang Cakap Poyo Sebab Tak Bagi Anak Dicium & Digomol, Daripada Anak Kita Sakit - Abang Terlajak Laris


Biar Orang Cakap Poyo Sebab Tak Bagi Anak Dicium & Digomol, Daripada Anak Kita Sakit


Dikongsikan oleh Puan Puteri Zahararina Zulan memberi panduan penting mengenai bahaya membiarkan baby anda dicium dan tips mengelakkan dari perkara ini.

Jom baca dan kongsikan pada saudara mara dan rakan-rakan agar semua "alert" akan perkara ini.

Penting
1. Terutama pada yang pakai gincu. Jangan sesekali cium bayi kerana kulit bayi amat-amat sensitif.
2. Tak pakai gincu pun tak boleh cium.
3. Yang tak sihat lagi la jangan cium, jangan dukung. Kalau boleh jangan dekat dengan baby. Lambai lambai je dari jauh.
4. Salam baby pun takkan tak boleh? Itu kena tanya mak pak dia.
5. Yang paling penting, mintak izin dgn mak pak dia dulu. Jangan terus cium, gomol bagai.

Tips
1. Elok lepas ni korang buat baju, “no kiss” utk bayi korang. Atau pakaikan je bibs “no kiss”.
2. Tengok dah lama sangat dukung dan gomol gomol, boleh la mintak izin nak nyusukan ke. Nak tidur kan ke.
3. Terus terang je, “kulit baby sensitif, jangan cium cium ya.” Yang penting, senyum. Jangan muka cuka.

Kot ada lagi nak tambah tips, leh share ya.

Mak bapa ni bukan kedekut atau poyo tak nak bagi orang gomol-gomol anak dia, cuma untuk berjaga-jaga. Terutama orang dewasa. Orang dewasa ni kalau tak sihat tak ada simptom simptom pun. Jadi susah kita nak kesan penyakitnya.

Orang lain jangan jeling-jeling atau mengata pula bila mak bapa tak bagi gomol-gomol. Sebab itu anak mereka, mereka ada hak. Jika anak mereka sakit, mereka yang sengkang mata dan susah, bukan anda. 

Jadi hormati pilihan dan cara mereka. Jika anda tidak mahu baby anda dicium, terus terang sahaja cakap elok-elok anak elergik ciuman. 

Hilangkan parut, kulit kering dan hindari sel kulit mati?


Untuk pembelian boleh layari IG: dherbs_holdings_hq

No comments

Powered by Blogger.