Bibir Gelap & Berkerak, Cuba 5 Cara Ni - Abang Terlajak Laris


Bibir Gelap & Berkerak, Cuba 5 Cara Ni


Punca bibir hitam adalah kerana tabiat merokok, terlalu kerap minum kopi dan teh. Berkeinginan mengembalikan warna cerah pada bibir anda? 

Cuba petua ini.

Lemon Madu
Campurkan satu sudu besar air perahan lemon dan madu dan disapukan di bibir secara merata.  Lemon akan bertindak cerahkan warna bibir dan madu pula akan meneutralkan serta lembapkan bibir sehingga kelihatan kemerahan.

Guna Buah Beet sebagai 'mask' 

Gambar: Disehat.com
Buah beet juga boleh berperanan menjadikan bibir kembali kelihatan berwarna semula jadi.  Mudah saja caranya iaitu dengan hanya memotong secara nipis ataupun haluskan beet dan sapu di seluruh bibir. Biarkan hingga kering dan cuci dengan air bersih. Lakukannya setiap hari agar warna bibir kembali kelihatan cerah.

Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan sapu di keliling bibir. Lakukan setiap hari ketika nak tidur. Bukan hanya dapat mencerahkan malah juga mampu melembabkan bibir secara semula jadi.

Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. sapu di bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan cuci dengan air bersih. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.

Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi sebati. Sapu dan biarkan sehingga kering. Kemudian urut dan skrub merata di bahagian bibir supaya bibir menjadi lebih bersih dan cerah.

Bibir kusam, kering dan gelap?

Untuk pembelian boleh layari IG: dherbs_holdings_hq

No comments

Powered by Blogger.