Cara Buat Face Mist Cucumber Homemade - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Face Mist Cucumber Homemade



Perkongsian oleh Fyza Shah

Face mist atau semburan untuk muka ni dah jadi salah satu regimen penting penjagaan muka. Selain memberi kesegaran, menyejukkan dan menenangkan kulit, face mist boleh memberi kelegaan untuk kulit yang penat atau letih, kulit yang luka atau burn disebabkan sinaran uv yang merbahaya.

Timun ni kandungan air dia tinggi. Sesuai sangat untuk kulit yang panas terbakar disebabkan matahari, halang kekeringan pada kulit dan kawal penghasilan sebum. Paling best timun boleh rangsang kolagen kulit, timun bertindak sebagai anti penuaan yang baik, elak kedutan dan garisan halus.

Cara-caranya
1 batang timun dibuang kulitnya. Potong kecik-kecil dan rebus jap dengan api perlahan 5 minit.

Ambil timun dengan air rebusan tu dan kisar. Lepas lumat, amik tapis dan tuang ke dalam bekas.

Simpan dulu dalam peti bagi sejuk beberap jam. Dah sejuk boleh guna dan spray kat muka.



No comments

Powered by Blogger.