Cara Buat Pes Nasi Goreng Serbaguna Tahan Berbulan Lamanya - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Pes Nasi Goreng Serbaguna Tahan Berbulan Lamanya


Perkongsian oleh Pnut Syafinaz,

Paste nasi goreng serbaguna mak long.
Ni selalu saya buat dua bulan sekali, buat banyak-banyak dan frozenkan, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak di goreng.

Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna anytime untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan win kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. 3 minit siap.

Baik, senang sangat perencah nasi goreng ni.

Bahan-bahannya

7-8 biji cili merah (buang bijinya)
10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
1 atau 2 labu bawang besar
10 bjji bawang putih
Segenggam ikan bilis (rendam kasi lembut, kemudian toskan air)
Sedikit belacan.

Caranya

1. Kisar semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air. 

2. Tumiskan bahan blend, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi ni mak long ampa buat pukul 10.30 malam, malas nak tunggu dia pecah minyak, pukui berapa nak tidoq lak.

3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.

*Tips susun bahan dalam blender.

Bawah sekeli belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.

Cara guna nak masak nanti.

Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah haiwan2 yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi, masaklah macam biasa.

Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. 

Dengan syarat nasi ampa dah tanak la sebelum tidoq.

No comments

Powered by Blogger.