Cara Buat Pes Tomyam Homemade Paling ‘Kaw’, Cuba Ni - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Pes Tomyam Homemade Paling ‘Kaw’, Cuba Ni


Kalau nak tomyam yang kaw dan meletop rasanya kenalah buat sendiri. 

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Norashikin Bt Hasan

Bahan-bahannya ialah:
2 biji bawang besar
4 batang serai (letak lebih kalau serai kurus)
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis ( jika suka kalau nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan
3 sudu cili kering siap kisar
Air asam jawa, gula perang, garam asli

Cara Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar sampai lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak. Guna api perlahan. Waktu ini bau tomyam akan naik.
3. Bila pecah minyak, masukkan air asam jawa, dan gula perang. Kacau.
4. Tutup api. Masukkan garam asli (saya suka pakai garam asli sebab ia bersifat detox, boleh buang toksin berlebihan dalan badan)
5. Apabila pes dah sejuk masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

*Jika suka tom yam yang pedas, sewaktu memasak masukkan cili padi mengikut kepedasan yang diingini.

No comments

Powered by Blogger.