Cara Nak Sediakan Bihun Celup Paling Sedap! - Abang Terlajak Laris


Cara Nak Sediakan Bihun Celup Paling Sedap!


Anda penggemar bihun celup? Nak cuba buat sendiri? Meh cuba resepi ni. 


Cara & bahan-bahan untuk sup:
Sup bunjut adabi 3 pcs
6 batang serai
5 cm halia
5 cm lengkuas
Kicap adabi

Daging seketul 1/2kg tak perlu potong.

Masukkan air 2 jug besar ke dalam periuk, masukkan semua bahan diatas, rebus sampai mnggelegak, masukkan garam, ajinomoto sikit, Maggi cukup rasa sikit dan masukkan kicap. 

Perut lembu kena rebus asing.


Sambal lada
Kisar cili padi dengan cuka.

Lada jeruk
Basuh lada besar hijau.
toskan dan potong kecil masukkan dalam botol
Masukkan cuka, sampai tenggelam lada, biarkan beberapa jam sebelum guna.

Minyak bawag putih
3 labu bawang putih dipotong bahagian depan dan hujung,
Jangan buang sampai licin, tinggalkan sedikit kulit, 
Basuh, tumbuk bawang sampai lumat,
Jangan blend sebab taknak ada air, kemudian panaskan 2 cawan minyak, 
Masukkan bawang putih,
Goreng sampai garing,
Awas! Jangan sampai hangit, angkat dan sejukkan,
Tutup rapat dalam botol, boleh simpan untuk guna next time.


Sawi dipotong kecil, gaulkan dengan taugeh, rendam dalam air. 

Bahan lain
Gula
Garam
Serbuk cili
Lobak masin
Daun sup
Bawang goreng
Asam limau nipis
Serbuk lada putih
Kacang tanah goreng dan ditumbuk,
Bihun
Mee
Kueh tiaw

Cara sediakan
Mula mula masukkan bihun/mee/kueh tiaw dalam mangkuk, msukkan sayur, lauk, garam, gula, sambal lada, lada jeruk, serbuk lada, minyak bawang putih, daun sup dan lain lain, tabur daun sup, bawang goreng, perah asam limau, sedia untuk dinikmati.

Resepi oleh: Azura Mohd Zainani (MAHN)



No comments

Powered by Blogger.