Cara Paling Mudah Tanam Taugeh Sendiri - Abang Terlajak Laris


Cara Paling Mudah Tanam Taugeh Sendiri


Dikongsikan oleh Princess Zhaza Nasheema,  Selepas ni tak perlu ragu-ragu lagi dijamin kebersihannya.  Hari ke-empat atau kelima dah boleh tuai hasilnya. 

Bahan-bahan
1 Senduk Penuh Kacang Hijau
1 Bekas Kotak Air Bersize Besar

Cara caranya
1. Kacang Hijau Hendaklah Dibasuh Bersih. Toskan.
2. Pada bahagian bawah kotak, potong sedikit disetiap bucu kotak. Ini untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram.


3. Masukkan kacang hijau kedalam kotak air dengan perlahan-lahan.
4. Siram kacang hijau tadi dengan air.
Nota : Siramlah Air Kedalam Kotak 5x Sehari.Lebih pun takpe.Ulangi Dengan Menyiram Selama 3 hari berturut- turut.

5. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air keluar habis.
6. Letakkan kotak air dalam kedudukan condong kedalam satu bekas untuk menadah saki baki air yang mengalir keluar.
P/S : Air yang bertakung akan menjejaskan bentuk, rupa taugeh dan berbau.
7. Hari ke 4-5 dah boleh menuai hasil. 


Taugeh ni bagus untuk kesuburan lelaki. 

No comments

Powered by Blogger.