Hubungan Suami Isteri makin Hambar, 5 Perkara Ini Boleh Hangatkan Semula Cinta Anda - Abang Terlajak Laris


Hubungan Suami Isteri makin Hambar, 5 Perkara Ini Boleh Hangatkan Semula Cinta Anda



Lazimnya orang kata, setelah suami isteri berkahwin lebih tujuh tahun, hubungan suami isteri akan menjadi semakin renggang.

Hubungan suami isteri semakin hambar kerana masing-masing sibuk dengan anak-anak dan kerja. Lakukan sesuatu bagi mengeratkan terus hubungan suci anda berdua.

1. Dating Berduaan

Sesekali anda berdua perlu pandai ‘mencuri’ masa untuk keluar berduaan tanpa membawa anak-anak. Kalau mereka masih kecil mungkin boleh lakukan aktiviti ini dengan mengambil cuti  pada hari bekerja di mana anak-anak memang berada di bawah jagaan pengasuh atau taska.

Pergilah menonton wayang, makan di restoran kegemaran anda atau sekadar window shopping seperti zaman anda bercinta dulu.

2. Masak Bersama

Apa kata sesekali isteri ajak suami sama-sama masak di dapur atau suami sendiri yang sukarela hulurkan bantuan. Tentu nampak sweet kan.

3. Mengimbas Nostalgia

Tahukah anda dengan berkongsi cerita yang pernah dilalui bersama ia mengukuhkan ikatan cinta pasangan suami isteri.

4. Hantar Mesej

Pertanyaan seperti “You dah makan lum?”, “How’s your day today my dear?” mungkin kedengaran klise tetapi hakikatnya ia memberi impak besar dalam hubungan anda berdua. 

5. Beriadah Bersama

Tentu ramai pasangan suami isteri melakukan aktiviti beriadah bersama. Berjoging, berbasikal, berenang atau sekadar berjalan kaki di taman cukup untuk anda berdua menghabiskan masa bersama.

Sumber: Pa&Ma

No comments

Powered by Blogger.