Ibu Bapa Muda, 7 Petanda Ini Bayi Anda Alami Masalah - Abang Terlajak Laris


Ibu Bapa Muda, 7 Petanda Ini Bayi Anda Alami Masalah


Bagi anda yang baru bergelar ibu bapa, mungkin masih belum banyak pengetahuan tentang kesihatan dan juga tumbesaran bayi anda. Penting untuk memeriksa kondisi tubuh bayi agar segera dapat membawa si kecil berjumpa doktor jika didapati ada tanda-tanda luar biasa.

Ini termasuklah berat badannya, bayi tidak berselera makan, tampak letih dan sebagainya. 

Antara tanda-tandanya,

1. Berat badan turun setiap kali menjalani pemeriksaan kesihatan. Anda boleh bertanya pada doktor semasa buat check up atau teliti kad kesihatan setiap kali buat pemeriksaan bayi. 

2. Bayi kelihatan tidak selera makan setiap kali anda mahu menyuapkan makanan. 

3. Badan yang terlalu ringan adan tidak sepadan dengan umur bayi yang sepatutnya bertambah setiap bulan. 

4. Badan nampak letih , kurus , perut kelihatan buncit.

5. Rambut nampak tak bermaya dan kesan lembam di bahagian mata. 

6. Bayi tidak peka apabila di panggil atau tidak teransang untuk mencari apabila ada bunyi yang kuat.

7. Mata bayi tidak memandang apabila di panggil. 

Sumber: Pa&Ma

Nak cari madu yang asli dan berkualiti?


Untuk pembelian boleh layari IG: dherbs_holdings_hq

No comments

Powered by Blogger.