Jangan Picit Jerawat! Guna Bawang Putih Je.. - Abang Terlajak Laris


Jangan Picit Jerawat! Guna Bawang Putih Je..


Tak kira wanita mahupun lelaki pasti merasa geram apabila melihat jerawat 'masak' menempel pada wajah. Gatal saja tangan ni nak picit-picit jerawat yang tunggu masa nak meletup tu.

Memetik portal Boldsky, masyarakat India serta Itali dahulu kala menggunakan cara ini untuk merawat masalah jerawat dan ia sangat berkesan, malah ia dapat memudarkan bekasnya!

Berkat kandungan allicin di dalamnya, bawang putih bersifat antibakteria dan antiseptik yang kuat, sekali gus menjadi bahan berkesan untuk merawat jerawat.

Caranya mudah sahaja: 

1. Belah bawang putih kepada dua bahagian 
2. Gosok bahagian dipotong tadi pada kawasan berjerawat. 

Jerawat akan kempis dan kering dalam semalaman! Hebat dan mudah saja, bukan? 

Sumber: CARI

No comments

Powered by Blogger.