'Kalau Abang Ada Seringgit (RM1), Abang Hadiahkan Kepada Sayang' - Kisah Ni Akan Sedarkan Ramai Suami - Abang Terlajak Laris


'Kalau Abang Ada Seringgit (RM1), Abang Hadiahkan Kepada Sayang' - Kisah Ni Akan Sedarkan Ramai Suami


Tersentuh dan tersedar lepas baca kisah ni. Nak tahu mengapa?

Jom baca. 

Seusai mengemas semua barang yang akan dibawa pulang ke Negeri Kenyalang, tiba-tiba aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum-senyum malu dengan menampakkan wajahnya yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak-gerinya dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.

"Abang, ada tak duit seringgit (RM1)?" soalnya.

"Ada. Nak buat apa sayang?" aku lihatnya makin kelu, tampak berkaca di ruangan kelopak matanya, tergagap-gagap apabila suara dilontarkan.

"Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ini. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan hal diri sendiri. 

"Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang," ujarnya perlahan. 
"Kalau abang ada seringgit (RM1), abang hadiahkan kepada sayang. Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang," 

Allah, sesungguhnya aku terkedu. Ya Allah. Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa atau memang keadaan kita yang mendesak. Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. DemiMu Ya Allah, aku akan berusaha untuk tidak menyakiti hatinya. 

Maafkan saya di atas perkongsian ini. Nampak ringkas, hanya nafkah. Walaupun isteri kita berkerja, itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumahtangga. Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah-curah dalam hubungan kita. Aamiin.

Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain, walaupun hanya seringgit. 

Sumber: Wan Kamarul Wan Salim

No comments

Powered by Blogger.