Kebal Kecaman? Pengajaran Untuk Kebaikan - Abang Terlajak Laris


Kebal Kecaman? Pengajaran Untuk Kebaikan


Hai...

Semua orang mesti kenal dan anggap saya sebagai "Raja Kontroversi" dan ramai yang kat luar sana suka kecam dan buruk- burukkan saya. Tak kisahlah pasal cara hidup saya ke, rumah ke, family ke semua benda nak jadikan isu. Memang rakyat Malaysia ni jenis suka mengecam ya? Suka sangat jaga tepi kain saya..

Tapi semua kecaman itu saya tak anggap sebagai satu perkara yang negatif. Tak kisahlah apa jua kecaman yang netizen hamburkan pada saya, semuanya saya jadikan sebagai pengajaran untuk perbaiki diri. Mungkin semua kata saya ni kebal tapi sebenarnya korang semua tak tahu apa yang saya rasa dan lalui untuk menjadi seorang yang bernama "Aliff Syukri". Korang ingat senang ke?

Saya akui saya bukanlah perfect dan boleh puaskan hati semua orang, tapi saya nak nasihatkan semua yang kat luar sana, kita ni semuanya sama je. Kalau korang cakap buruk- buruk pasal saya, cuba tengok cermin dan muhasabah diri. Elok sangat ke budi pekerti, harta budi kita kalau nak cakap pasal orang lain?

Apa- apa pun terima kasih pada semua tak kiralah yang menyokong saya atau yang suka kecam tu, saya ambil semuanya jadi timbal balik untuk majukan diri saya. Tak pun, saya bersyukur dapat pahala free2 je dari korang semua..

1 comment:

  1. It's ok dato... kita semua tak sesempurna Ya Adzim... yg sedar diri sahaja tahu diri tak sempurna... apa pun enjoy ur life dato,,,

    ReplyDelete

Powered by Blogger.