Khasiat Teh Halba Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan - Abang Terlajak Laris


Khasiat Teh Halba Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan


Dikongsikan oleh ‎Sumaiyah Abdullah‎,

Tenang betul selepas minum teh halba ni. Wangi dan harum sangat. Ramai yang tak tahu rupanya halba ni boleh dibuat teh. Khasiatnya pun banyak. Lelaki, wanita, kanak-kanak semua boleh minum.

Bahan-bahan

Halba satu sudu kecil
Air segelas
Madu satu sudu besar(boleh ganti gula perang) guna sudu plastik tau.
Limau kasturi (option lemon, limau nipis, pati delima) tak nak masuk pun tak pe.

Cara-caranya
Rebus halba sehingga mendidih.
Biarkan sejuk.
Kemudian masukkan madu dan perah jus limau. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.

Khasiat teh halba
Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.
Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan.
Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita. Auumm. Dalam perubatan china membuktikan kenyataan ini. 
Menguatkan fungsi jantung. Inshaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.
Merawat masalah sembelit & buasir. 
Melancarkan perjalanan darah.
Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyuburkan rahim. Bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.
Mengetatkan & meremajakan rahim. Dalam kata lain dalaman menjadi anak dara balik. 
Menghilangkan lendir & sakit tekak.
Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. Yang ni seriously berkesan. Tak perlu lagi ambil suplemen pelik-pelik. Kesan selepas 48 jam dah boleh rasa tau.
Khasiat berganda-ganda tak padan dengan saiz halba yang kecil. Harga pun murah. Anytime boleh buat. 

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.