Kulit Leher Kering, Kusam? Cuba Cara Ni - Abang Terlajak Laris


Kulit Leher Kering, Kusam? Cuba Cara Ni


Jika anda menyangka orang hanya akan melihat pada wajah sahaja, anda salah kerana bahagian leher turut perlu diberi perhatian agar kulit di bahagian ini tegang, lembut dan halus.

Stylecraze.com berkongsi cara untuk mencerahkan kulit leher secara semula jadi. Jom usyar caranya!

Bahan:

1 biji limau nipis, diperah jusnya
1 sudu teh garam
Kapas 
Air hangat 

Caranya:

1. Campur jus limau dan garam dalam mangkuk dan kacau rata.

2. Celup kapas ke dalam campuran limau, Sapu pada kulit leher dan gosok dengan lembut secara 
menyeluruh.

3. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam sehingga bersih.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih ketara, amalkan tip ini sekali seminggu. Selain itu, jangan lupa sapu pelembab muka selepas melakukan perawatan ini bagi mengelakkan iritasi.


No comments

Powered by Blogger.