Lelaki Sejati Kena Pakai Jam Tangan? 3 Tip Cara Pilih Jam Tangan Sesuai Dengan Anda - Abang Terlajak Laris


Lelaki Sejati Kena Pakai Jam Tangan? 3 Tip Cara Pilih Jam Tangan Sesuai Dengan Anda


Secara umumnya, jam tangan amat disukai dan dipelopori oleh lelaki kerana kaum Adam menganggapnya sebagai sebahagian daripada cara untuk beraksesori peringkat tertinggi. 

Pendek kata, untuk orang lelaki ni, jam tangan ini adalah salah satu hiasan yang unik bagi mereka. Kalau orang perempuan lebih sukakan cincin dan rantai, kami orang laki-laki lebih utamakan jam tangan.

Ini 3 tips yang anda kena tahu.

1. Pemilihan seutas jam tangan sepatutnya berdasarkan beberapa syarat. Sebagai contoh ramai yang lebih suka akan jam yang mempunyai rekaan lebih ringkas, versatile dan boleh dibeli dengan harga yang cukup berpatutan dan murah. 

Dalam masa yang sama jam tangan anda hendaklah selesa bila dipakai. Ini adalah penting kerana jika tersalah pilih akan membuatkan anda tidak selesa bila memakainya dan pasti akan membuatkan anda rasa janggal.

2. Size jam juga adalah penting. Pilih jam tangan yang mmempunyai ukuran dan lilitan serta size yang bersesuaian dengan tangan anda. Ini pastinya akan melibatkan keselesaan ketika memakainya. 

Cuba fikirkan jika anda beli jam bersaiz terlalu besar berbanding pergelangan tangan anda, pastinya ia akan tampak pelik dan mencacatkan penampilan anda. Logiknya anda pasti hanya akan jadi bahan ketawa oleh mereka yang memerhatikan anda selalu.

3. Harga. Sesetengah orang mereka tak kisah yang menggunakan jam tangan yang murah. Tak kurang juga yang gemar memakai jam tangan yang mahal harganya. Anda macam mana? 

Ada yang jenis tak kesah. Kalau dah suka, mereka sanggup membelinya walaupun dengan harga mahal. Betul tak?

Pada saya, setiap lelaki sejati harus ada jam tangan. Apa pendapat anda? 

Nak kulit gebu, cerah dan harum?  

Untuk pembelian boleh layari IG: dherbs_holdings_hq

No comments

Powered by Blogger.