Masker Wajah Untuk Si Darah Manis, Tak Jemu Suami Memandang - Abang Terlajak Laris


Masker Wajah Untuk Si Darah Manis, Tak Jemu Suami Memandang


Malunya kalau tetamu yang hadir nanti mengatakan wajah pengantin kelihatan kusam dan tidak bermaya. Jangan risaulah, ada petua yang berkesan khas untuk si darah manis. Nak tahu apa? Boleh amalkan tips yang dikongsikan oleh Facebook BellaCare Beauty ini.

Sediakan 4 bahan ini
Daun pudina 
Yogurt asli
Clay Mask
Kopi yang dah dihancurkan, ditambah dengan gula perang dan shea butter dan digaul sebati.


Langkah-langkah
1. Lurutkan daun pudina dari batangnya
2. Tumbuk hancur daun pudina sehingga keluar airnya 
3. Campurkan bahan campuran kopi tadi ke dalam lesung batu dan gaulkan sebati sehingga naik bau
4. Masukkan pula clay mask sebanyak 3 atau 5 sudu kecil dan gaulkan sehingga sebati
5. Letakkan yogurt, gaul sebati dan siap!
6. Sapu rata di muka dan amalkan 3 kali seminggu. Pastikan kulit muka bersih dulu baru boleh pakai masker ini.

Selamat mencuba dan selamat berjaya!

Muka lebih berseri dan cerah?

Untuk pembelian boleh layari IG: dherbs_holdings_hq


No comments

Powered by Blogger.