Nak Berniaga Tak Boleh Malu! 10 Tips Untuk Hilangkan Rasa Malu Tu - Abang Terlajak Laris


Nak Berniaga Tak Boleh Malu! 10 Tips Untuk Hilangkan Rasa Malu Tu


Nak berniaga mana boleh malu kan? Kena ke depan. Tonjolkan diri tu dan yakin dengan diri sendiri.

10 tips insha-Allah boleh bantu anda.

1. Berdoalah kepada Allah dengan doa yang specifik.Minta agar dikurangkan rasa malu dan diberikan keyakinan diri.

2. Kenali diri sendiri. Buat senarai kelebihan, kekurangan diri sendiri beserta cadangan mengatasi.

3. Tentukan minat terhadap bisnes dan cuba ‘master’ dengan apa yang hendak diusahakan.

4. Sekiranya anda seorang wanita dan masih mempunyai suami, sila minta izin suami terlebih dahulu. Lebih bagus libatkan pasangan agar dia tahu apa yang kita buat. Sekiranya dia seorang ekstrovert bolehlah dapatkan sokongan darinya.

5.Yakin dengan bisnes/ produk yang hendak diusahakan. Pendek kata kalau pelanggan tanya apa pun boleh jawab.

6. Yakin dengan diri sendiri dengan sentiasa memikirkan kata-kata motivasi dan nasihat dari mereka yang sudah berpengalaman.

7.Baca dan dengar pengalaman orang lain.

8. Sekiranya offline,tanamkan dalam diri yang anda nak bantu selesaikan masalah orang lain dengan produk tersebut jadi kenapa perlu malu?

9. Meniaga adalah sunnah nabi dan pekerjaan yang sangat mulia .Mereka yang berniaga pergantungannya terus kepada Allah berbanding dengan orang yang makan gaji ramai yang tersalah berharap kepada majikan semata-mata.

10. Jangan rasa kecil hati atau sedih jika tiada yang membeli atau jualan kurang memberangsangkan sebaliknya kaji kenapa jadi begitu dan berusaha memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Tanya diri sendiri jika orang lain boleh kenapa aku tak boleh?

Nak lebih yakin bila bercakap dengan pelanggan dan berada atas pentas?  Stylo kan rambut anda.

Untuk pembelian boleh layari IG: dherbs_holdings_hq


No comments

Powered by Blogger.