Nak Daging Bakar & Sos Pencicah Sedap! Cuba Resepi Ala Dannok Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Daging Bakar & Sos Pencicah Sedap! Cuba Resepi Ala Dannok Ni


Dikongsikan oleh Adnilsam, 

Resepi sos/sambal pencicah daging bakar ala Dannok

Bahan bahan:
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan daun bawang
1 ulas bawang kecil - hiris nipis
1 sudu besar serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder) - resepinya ada diwall saya ye..
4 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar)- kalau takde boleh ganti dengan gula perang
1 sudu sudu besar pes asam jawa adabi- cairkan dgn sedikit air panas
2 sudu besar thai chilli flakes
3 biji limau nipis- ambil perahan jusnya sahaja
1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung - optional

Cara-cara: 
Satukan semua bahan bahan, kacau sebati, sesuaikan rasa, siap utk dihidang bersama daging bakar.

Resepi Daging Bakar Ala Dannok

Bahan bahan:
2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (selebar & sebesar tapak tangan lelaki dewasa, setebal 2cm..)*
2 sudu besar sos tiram*
2 dudu besar kicap cair*
1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
1 sudu kecil lada sulah*
2 sudu besar gula perang*
3 sudu besar susu cair* (saya tak letak sbb bahan takde)
1 sudu kecil serbuk cili * (saya tak letak sbb bahan takde)
Sedikit aji- optional*
Sedikit minyak masak
1 ketul arang size kecil
Aluminium foil

Cara-caranya: 
Perap daging selama 3-4jam bersama semua bahan bahan yang bertanda *.

Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu (Jangan letak bahagian beku pulak nya).

Selepas 3 jam barakan arang, sambil sambil tu boleh start bakar daging atas pan ya.. letak sedikit minyak dulu dipermukaan pan, saya bakar selama 10 minit sahaja ye..(5 minit setiap bahagian permukaan) tak boleh terlebih masak, api sederhana besar je.. sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat ya.. kalau anda suka medium well cukup setakat 8 minit sahaja masa membakar daging tadi..

Setelah daging masak tutup api dulu, kemudian ambil arang yang telah berbara tadi.. letakkan diatas sekeping aluminium foil, titiskan beberapa titis minyak masak atas arang, ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak ya dan letakkan arang dalam pan daging tadi.

Tutup pan cepat cepat dgn penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2minit sahaja ya.

Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah thai.

No comments

Powered by Blogger.