Nak Daging Tahan 6-7 Jam, Cuba Cara Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Daging Tahan 6-7 Jam, Cuba Cara Ni


Pasti ramai golongan mak-mak cari petua cara nak simpan daging bagi tahan lama sebelum bertolak balik dari kampung halaman masing-masing, bukan? 

Tips ni tip daripada Puan Noraini Yusoff,

Ini cara macam mana nak perap dan simpan daging lembu/kambing untuk pastikan ia kekal segar dan tak berbau, nak-nak kalau perjalanan pulang korang amik masa 6-7 jam pun in sya Allah tahan tau. 

Ini pula bahan-bahan yang korang kena sediakan tapi sukatan boleh agak-agak je.

1) Daging/tulang 
2) Balang kosong 
3) Garam
4) Gula
5) Asam keping

Cara caranya

Daging semalam yang dikeluarkan dari peti ais sejuk beku, korang kena biarkan pada suhu bilik dan sebolehnya jangan rendam dalam air tau (untuk elak manis daging hilang). Pastikan daging/tulang betul-betul lembik baru potong tapi ingat potong sedang-sedang je jangan terlalu kecik ye
agak-agak muat masuk dalam balang je.

Lepas siap potong boleh basuh dan toskan. Pastu masuk dalam bekas besar sikit untuk kita proceed dengan langkah seterusnya.

Seterusnya, masukkan gula. Yang ni korang pandai2 agak la ye banyak mana, taruk ikut kuantiti daging tu ha kalau banyak so kena lebihkan sikit la gula tu.

Then, masukkan garam (better guna garam kasar ye).

Jangan lupa masukkan asam keping sekali k, pepandai la korang agak banyak mana tapi kot la daging tu tak banyak letak 3-4 keping pun dah cukup.

Seterusnya, gaul je sampai bahan-bahan tadi korang rasa yakin meresap elok masuk dalam daging lembu/kambing.

Dahtu kalau korang dah yakin 3 bahan tadi elok meresap masuk dalam daging lembu/kambing boleh ler isi dalam balang plak.

Nanti masukkan je dalam peti ais sejuk beku nak balik ke perantauan boleh la keluarkan semula.
Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.