Nak Nampak Umur 19? Amalkan Susu Kunyit Badam Madu - Abang Terlajak Laris


Nak Nampak Umur 19? Amalkan Susu Kunyit Badam Madu


Sebenarnya impian untuk menjadi 'flawless' boleh menjadi realiti kalau setiap wanita sanggup mengamalkan petua semula jadi ini. Petua ini dikongsikan oleh Afieyza Aleeschaylee, susu kunyit badam madu boleh membantu dalam menaikkan seri wajah dan membuat muka anda 'glowing'.

Bahan-Bahan
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar

Cara-Cara
1. Panaskan susu dan masukkan kunyit
2. Kacau perlahan kemudian masukkan badam
3. Tuang susu dalam gelas dan masukkan madu
4. Kacau dan boleh terus diminum

Kalau nak hasil yang maksimum, amalkan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Semasa haid pun boleh minum juga dan kalau nak jadikannya minuman harian, jangan letak kunyit.

No comments

Powered by Blogger.