Nak Solok Lada Lagi Sedap, Cuba Resepi Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Solok Lada Lagi Sedap, Cuba Resepi Ni


Resepi ini dikongsikan oleh Hazlina Nadie

Sapa suka ni, makan dengan nasi putih sedap. Makan dengan nasi kerabu lagi sedap. 
Kalau cara mak saya dia suka guna ikan rebus. 
Kalau ikut cara ibu mertua dia guna ikan mentah. 

Bahan bahan
Lada hijau
Ikan selayang @ kembung @ lolong 
10 biji lada hitam
2-3 ulas bawang merah
Sedikit halia
Kelapa parut ( agak agak lebih kurang sama banyak dengan isi ikan)
Santan untuk merebus solok lada.

Cara caranya
1. Perisikan ikan ( Boleh guna ikan rebus @ ikan mentah)
2. Belah memanjang lada dan buang biji. 
3. Tumbuk semua bahan bagi lumat dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Sumbat bahan inti ke dalam lada. 
5. Rebus atau kukus solok lada dengan sedikit santan. 

Siap.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.