Pasangan Selalu Gaduh Lebih Sayang Satu Sama Lain - Kajian - Abang Terlajak Laris


Pasangan Selalu Gaduh Lebih Sayang Satu Sama Lain - Kajian


Anda mungkin tertanya-tanya, bagaimana pertengkaran boleh buatkan sesebuah hubungan lebih bahagia? Siapa kata bergaduh je tak bahagia.

Menurut pakar psikiatri dari Amerika Syarikat, Dr. Gail Saltz berkata, pertengkaran dalam sebuah hubungan adalah sesuatu yang baik, dimana anda dan pasangan meluahkan perasaan, pendapat dan emosi masing-masing.

Setiap hubungan ada kejap pasang kejap surut. Tetapi, pertengkaran dan pergaduhan itulah yang membuatkan anda dan pasangan lebih memahami satu sama lain dan belajar untuk lebih bertolak-ansur.

Bukan itu sahaja, pergaduhan buatkan anda dan pasagan lebih peka tentang isu yang mungkin boleh menyebabkan pertengkaran.

Selepas meluahkan segala rasa marah dan perkara yang lama tersimpan, barulah masing-masing akan lebih terbuka untuk berkomunikasi dan lebih sayang-menyayangi.

Sumber: Women’s Health

No comments

Powered by Blogger.