Petua Tambah Susu Badan Halba & Longan Kering - Abang Terlajak Laris


Petua Tambah Susu Badan Halba & Longan Kering


Perkongsian oleh Lyn Amalyn,

BAHAN-BAHAN
2 sudu besar halba
1 gengam longan kering
1 sudu besar gula pasir
3 cawan air
cara tambah susu badan

CARA-CARA
1. Cara membuatnya sangat ringkas. Ini langkahnya.

2. Pertama sekali, halba dan longan kering tu kita basuh dulu untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan. Selepas basuh, toskan sekejap.

3. Seterusnya, ambil satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air. Apabila dah menggelegak, kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.

4. Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir. Sebaik saja larut gulanya, kita bolehlah tutup api.

5. Siap!

Sambil minum, sambil kunyah longan. Rasanya sedap, serius macam air laici kang!

AMALKAN SETIAP HARI
Seeloknya air ini diminum 2 kali sehari – sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam keadaan panas atau sejuk, bergantung pada citarasa masing masing.

Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.


No comments

Powered by Blogger.