Rela Berjauhan Dengan Pasangan? Ini 7 Dugaan Yang Sangat Menyiksa Emosi & Mental - Abang Terlajak Laris


Rela Berjauhan Dengan Pasangan? Ini 7 Dugaan Yang Sangat Menyiksa Emosi & Mental


Memang ada banyak kemudahan yang dapat memudahkan komunikasi. Ada keretapi laju, kapal terbang – tak risau nak berjumpa bila-bila masa. Boleh buat videocall, free call, mesej, live video, panggilan telefon, dan macam-macam lagi.

Tapi, kecanggihan apa pun yang direka, hubungan jarak jauh tentunya memiliki cabaran tersendiri yang terpaksa dihadapi oleh pasangan.

1. Bila berjauhan, tak banyak yang dapat dikongsi, terutamanya jika kita sentiasa sibuk dan tak dapat berhubung. Benarlah orang kata, sekecil-kecil perkara pun apabila dikongsi akan terasa indahnya. Betul tak?

2. Ada masanya kita amat memerlukan sokongan apabila ditimpa musibah atau ujian yang hebat. Kadangkala, kita tak mahu bercerita pun tentangnya. Apa yang kita harapkan adalah seseorang di samping kita. Betapa kita ingin merasakan ketenangan dalam kehangatan pelukan mereka!

3. Ada masanya waktu cuti tak dapat dimanfaatkan bersama atas sebab-sebab tertentu di saat akhir. Hal sebegini tentunya sangat mengecewakan, lebih-lebih bagi pasangan yang mempunyai anak.

4. Mungkin setiap hari kita mempersoalkan sama ada kita telah melakukan keputusan yang terbaik untuk berjauhan dengan pasangan dan anak-anak. Walau sekuat manapun,  perasaan seorang ibu atau ayah tentu akan ‘kalah’ apabila terpaksa melihat anak bersedih dan menahan kerinduan. Bila mereka sakit, kitalah yang asyik tak senang duduk memikirkan mereka.

5.  Bagi pasangan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak, sudah tentulah ia bukan perkara yang mudah untuk melakukannya seorang diri. Ini kerana tugas menjaga anak adalah tugas yang amat mencabar. Ia boleh menyebabkan stres dan pemikiran negatif. Sampai satu masa, kita mungkin terasa letih dan fed up.

6. Menurut Psychology Today, jarak jauh sudah tentu akan meletakkan gap antara pasangan. Ruang kosong ini terisi dengan kesunyian, kurangnya sentuhan dan hubungan fizikal, dan ini menyebabkan hilangnya sokongan yang diperlukan.

Walaupun anda benar-benar ikhlas cintakan pasangan, ia mungkin sukar untuk dizahirkan apabila berjauhan. Dalam keadaan tertekan, salah seorang mungkin akan berasa kurang percaya kepada yang seorang lagi. Bila terdetik saja perasaan begini, cepat-cepatlah beristighfar dan bersangka baik kerana ia mungkin menjadi bibit kepada keretakan hubungan.

7.  Oleh kerana kesibukan dan emosi yang tidak menentu, panggilan telefon mungkin berlaku pada waktu yang salah. Akibatnya, ia boleh mencetuskan pergaduhan. Sama ada salah seorang menangis, atau salah seorang lagi mula naik angin.

Dengan masa yang terhad dan kesibukan yang melanda, mungkin proses pujuk-memujuk tidak dapat berlaku dengan sebaiknya seperti di rumah. Anda cenderung merasakan pasangan sudah tidak memahami anda lagi walaupun mereka telahpun berusaha sedaya-upaya. Situasi seperti ini boleh menjadikan seseorang terasa semakin jauh daripada pasangan tanpa disedarinya.

Hubungan jarak jauh memerlukan rasa percaya, kesabaran, kesetiaan, dan kejujuran yang tidak berbelah bagi. Walaupun sukar, namun semua ini adalah pengalaman berharga yang tentunya akan mematangkan serta memperindahkan lagi hubungan anda berdua.

Sumber: Siraplimau

No comments

Powered by Blogger.