Resepi Sotong Kukus Limau Thai - Abang Terlajak Laris


Resepi Sotong Kukus Limau Thai


Bahan-bahan:
Sotong
Cabai melaka merah, hijau
Sos ikan
Limau nipis
Daun ketumbar (akar sekali)
Gula
Bawang putih
Daun pudina
Lengkuas, serai
Sotong kukus limau

Cara Masakan:
1. Cuci sotong bersih-bersih.
2. Potong sotong macam dalam gambar tapi jangan sampai putus.
3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong), akar ketumbar dan sedikit bawang putih.
4. Letakkan atas sotong.
5. Kukus dan buka api paling kuat, dah masak buang air sotong.

Sos

1. Masuk 1 sudu besar gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong. Kacau sehingga hancur.

3. Sos dah siap tuang atas sotong yang kita kukus tadi, angkat dan taburkan daun ketumbar dan daun pudina hias dengan potong sedikit limau nipis2 letak atas.

No comments

Powered by Blogger.