Stres Dan Rahsia Awet Muda? Banyakkan Senyum - Abang Terlajak Laris


Stres Dan Rahsia Awet Muda? Banyakkan Senyum


Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri. 

Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Berikut pula merupakan 5 kesan baik dari senyuman untuk kesihatan.

1. Melambatkan proses kedutan di wajah
2. Menghilangkan Stres
3. Meningkatkan Kekebalan Tubuh
4. Menormalkan Tekanan Darah
5. Menghilangkan Rasa Sakit

Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Oleh itu, sentiasalah mengukir senyuman walaupun ketika bersedih dan dalam kesusahan. 

Sumber: CARI Infonet

No comments

Powered by Blogger.