4 Tips Jadi Pasangan Bermulut Manis - Abang Terlajak Laris


4 Tips Jadi Pasangan Bermulut Manis


Tiada salahnya menjadi lelaki bermulut manis, adakah anda setuju dengan kenyataan ini? Asalkan ia bukan satu penipuan dan kepura-puraan. 

Betul tak?

Wanita sememangnya memang mahu rasa dihargai, dimiliki dan juga dimahukan. Meskipun banyak lagi ciri lain pada lelaki yang wanita mahukan seperti baik hati, berharta dan juga pandai hormat orang tua namun bermulut manis ini mampu mencairkan hati si dia dengan sangat baik.

Jom ketahui bagaimana ingin menjadi pasangan yang bermulut manis,

1. Ucapkan terima kasih
Salah satu kekurangan lelaki adalah tidak pandai mengambil hati, tidak tahu menghargai dan meluahkan. Apa kata ringankan mulut anda dengan ucapan terima kasih dengan apa sahaja yang pasangan anda telah lakukan. Bukan berpura-pura sebaliknya ia turut melatih anda agar lebih pandai menghargai wanita.

2. Minta pandangan si dia
Sama ada anda ingin mendapatkan wangian terbaru, baju baru dan sebagainya tiada salahnya meminta pandangan si dia. Ini membuatkan si dia berasakan anda ambil berat tentang buah pendapatnya. 

3. Keluarga anda
Yakinkan si dia yang keluarga anda akan sukakan dirinya, pasti si dia tersenyum lebar dan bertambah yakin. 

4. Puji penampilannya
Jangan sesekali mengkritik penampilan wanita kerana ia boleh menjejaskan mood seharian, mungkin juga seminggu lamanya.Biarkan dia bergaya untuk anda dan jangan lupa untuk memujinya. Pasti si dia lentok! 

5 pilihan warna yang sangat cantik yang harus anda miliki. 

Untuk pembelian boleh layari IG: dherbs_holdings_hq

No comments

Powered by Blogger.